Thursday, January 21, 2010

Kaedah 2 Mudah Sifir - Cara Kiraan Asas 10

Mari kita mulakan dengan contoh Kaedah 2 Mudah Sifir Nombor Asas 10 dengan contoh 6 x 7

Ada 5 langkah yang harus diuruskan terlebih dahulu sebelum mendapat jawapan sifir 6 x 7.



Langkah 1


Tulis 6 x 7 dan buat dua bulatan di bawah nombo
r 6 dan nombor 7 seperti ditunjukkan di bawah :-

Langkah 2

Soalan yang harus ditanya adalah seperti berik
ut :-

a. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor
6 untuk mendapatkan nombor 10?

Jawapannya adalah 4. Jadi kita tulis nombor 4 dalam bulatan dibawah nombor 6.

b. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor 7 untuk mendapatkan nombor 10?

Jawapannya adalah 3. Jadi kita tulis nombor 3 dalam bulatan di bawah nombor 7


Langkah 3

Buat "subtraction" secara menyilang samada 7 - 4 atau 6 - 3 yang mana kedua-dua "subtraction" akan memberi jawapan yang tetap sama iaitu 3.

Tulis nombor hasil "subtraction" 3 dan diikuti dengan nombor 0 seperti gambarajah di bawah :-



Langkah 4

Buat pendaraban (multiplication) untuk nombor-nombor yang berada dalam bulatan. Iaitu 4 x 3 = 12. Dan tulis nombor 12 di bawah nombor 30.


Langkah 5

Campurkan 30 + 12. Dan itulah jawapan 6 x 7.. Mudah bukan...




*********************** tamat kiraan sifir asas 10 *********************************

No comments:

Post a Comment