Sunday, February 21, 2010

Kaedah Mudah Pendaraban

Setelah mahir dalam memudahkan mencari jawapan sifir, saya akan update blog ini pada bulan hadapan untuk Kaedah Mudah Pendaraban....


Selama Mencuba dan Selamat Bersifir...

Wednesday, February 10, 2010

Sifir 2 - Cara Mudah

Sifir 3 - Cara Mudah

Sifir 4 - Cara Mudah



 










 




















Sifir 5 - Cara Mudah



 










 




















Thursday, January 21, 2010

Kaedah 2 Mudah Sifir - Contoh-contoh

Berikut disertakan contoh-contoh penggunaan Kaedah 2 Mudah Sifir




Diharap contoh-contoh dapat membantu tuan-tuan / puan-puan membantu anak dalam menyelesaikan masalah sifir.

Kaedah 2 Mudah Sifir - Cara Kiraan Asas 10

Mari kita mulakan dengan contoh Kaedah 2 Mudah Sifir Nombor Asas 10 dengan contoh 6 x 7

Ada 5 langkah yang harus diuruskan terlebih dahulu sebelum mendapat jawapan sifir 6 x 7.



Langkah 1


Tulis 6 x 7 dan buat dua bulatan di bawah nombo
r 6 dan nombor 7 seperti ditunjukkan di bawah :-

Langkah 2

Soalan yang harus ditanya adalah seperti berik
ut :-

a. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor
6 untuk mendapatkan nombor 10?

Jawapannya adalah 4. Jadi kita tulis nombor 4 dalam bulatan dibawah nombor 6.

b. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor 7 untuk mendapatkan nombor 10?

Jawapannya adalah 3. Jadi kita tulis nombor 3 dalam bulatan di bawah nombor 7


Langkah 3

Buat "subtraction" secara menyilang samada 7 - 4 atau 6 - 3 yang mana kedua-dua "subtraction" akan memberi jawapan yang tetap sama iaitu 3.

Tulis nombor hasil "subtraction" 3 dan diikuti dengan nombor 0 seperti gambarajah di bawah :-



Langkah 4

Buat pendaraban (multiplication) untuk nombor-nombor yang berada dalam bulatan. Iaitu 4 x 3 = 12. Dan tulis nombor 12 di bawah nombor 30.


Langkah 5

Campurkan 30 + 12. Dan itulah jawapan 6 x 7.. Mudah bukan...




*********************** tamat kiraan sifir asas 10 *********************************

Kaedah 2 Mudah Sifir - Nombor Asas 10

Apakah yang dimaksudkan dengan nombor asas 10 ?

Lebih jelas diperjelaskan seperti berikut :-



Angka 6

Berapakah yang diperlukan ditambah pada angka 6 untuk mendapat jawapan 10 ?

Jawapannya adalah 4 atau 10 – 6



Angka 7

Berapakah yang diperlukan ditambah pada angka 7 untuk mendapat jawapan 10 ?

Jawapannya adalah 3 atau 10 - 7


Angka 8

Berapakah yang diperlukan ditambah pada angka 8 untuk mendapat jawapan 10 ?

Jawapannya adalah 2 atau 10 - 8


Angka 9

Berapakah yang diperlukan ditambah pada angka 9 untuk mendapat jawapan 10 ?

Jawapannya adalah 1 atau 10 - 9






Sunday, January 17, 2010

Kaedah Mudah Sifir 1 - Lipatan Jari Angka 9


























Info

Jari kelingking mewakili digit 6.
Jari manis mewakili digit 7.
Jari hantu mewakili digit 8.
Jari telunjuk mewakili digit 9.

Setiap kali menyebut sifir digit 9, jari kelingking, jari manis, jari hantu & jari telunjuk samada di sebelah tangan kiri atau tangan kanan harus dilipat ke bawah seperti ditunjukkan.
Manakala jari jemari lain dibiarkan tegak.

Kaedah Mudah Sifir 1 - Lipatan Jari Angka 8


Info
Jari kelingking mewakili digit 6.
Jari manis mewakili digit 7.
Jari hantu mewakili digit 8.

Setiap kali menyebut sifir digit 8, jari kelingking, jari manis & jari hantu samada di sebelah tangan kiri atau tangan kanan harus dilipat ke bawah seperti ditunjukkan.
Manakala jari jemari lain dibiarkan tegak.

Kaedah Mudah Sifir 1 - Lipatan Jari Angka 7









Info
Jari kelingking mewakili digit 6.
Jari manis mewakili digit 7.

Setiap kali menyebut sifir digit 7, jari kelingking & jari manis samada di sebelah tangan kiri atau tangan kanan harus dilipat ke bawah seperti ditunjukkan.
Manakala jari jemari lain dibiarkan tegak.

Kaedah Mudah Sifir 1 - Lipatan Jari Angka 6


























Info

Jari kelingking mewakili digit
6.

Setiap kali menyebut sifir digit 6, jari kelingking samada di sebelah tangan kiri atau tangan kanan harus dilipat ke bawah seperti ditunjukkan.
Manakala jari jemari lain dibiarkan tegak.

Kaedah 1 Mudah Sifir - Penggunaan Jari




Untuk memulakan Kaedah 1 Mudah Sifir -- mari kita gunakan sepenuhnya jari di sebelah tangan kiri dan jari di sebelah tangan anda.

Tadah jari tangan anda seperti anda sedang membaca doa selepas solat.

Perhatikan gambarajah jari tangan kiri dan jari tangan kanan anda.

Setiap jari tangan kiri dan jari tangan kanan anda diberi nombor 6 hingga nombor 9.


Jari Kelingking -- No. 6
Jari Manis -- No. 7
Jari Hantu -- No. 8
Jari Telunjuk -- No. 9


Anda harus sentiasa ingat akan nombor-nombor yang diberi pada jari-jari di tangan kiri dan tangan kanan anda.

Ini akan memudahkan anda membuat pengiraan sifir .

Sifir Seperti Sebuah Cermin

Apakah yang dimaksudkan dengan Sifir Seperti Sebuah Cermin ?

Perhatikan gambarajah di bawah yang memberikan anda sifir 1 hingga sifir 11.



×
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
1
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
2
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
22
3
3
6
9
12
15
18
21
24
27
30
33
4
4
8
12
16
20
24
28
32
36
40
44
5
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
6
6
12
18
24
30
36
42
48
54
60
66
7
7
14
21
28
35
42
49
56
63
70
77
8
8
16
24
32
40
48
56
64
72
80
88
9
9
18
27
36
45
54
63
72
81
90
99
10
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
110
11
11
22
33
44
55
66
77
88
99
110
121

Anggap nombor yang diwarnakan dengan warna biru adalah sebuah cermin. 
Warna hijau adalah anda. Dan apabila anda melihat cermin, anda akan dapat melihat diri anda dalam cermin iaitu nombor yang berwarna merah. Apakah maksudnya ?


Maksudnya jawapan sifir adalah sama jika nombor sifir itu diterbalikkan.


Umpamanya :


3 x 6 adalah 18   tetapi 6 x 3 juga adalah 18.


9 x 8 adalah 72 tetapi 8 x 9 juga memberi jawapan yang sama iaitu 72.


4 x 3 adalah 12 dan 3 x 4 juga adalah 12.

Ini memudahkan anda menghafal atau mengingati jawapan sifir. Anda cuma perlu mengetahui jawapan sifir samada dalam kotak yang diwarnakan dengan warna hijau atau kotak yang diwarnakan dengan warna merah.

Jika anda ingat jawapan sifir dalam kotak warna hijau, secara otomatik anda tahu jawapan sifir dalam kotak berwarna merah. Apakah buktinya ?


Lihat saja contoh-contoh yang dilampirkan di bawah ini...